Anggota polis sedang menyoal siasat gadis serta remaja yang ditahan dalam operasi cegah samseng jalanan yang turut didapati positif dadah. |
Gadis terbabit antara 38 remaja yang ditahan dalam operasi berkenaan yang diadakan di sekitar bandar, dekat sini oleh polis Dungun membabitkan 14 anggota diketuai Inspektor Suhaimi Mohamad.
Gadis itu yang merupakan anak kelima daripada 10 beradik ketika ditemui menceritakan, dia yang bekerja di sebuah salun kecantikan di bandar ini keluar bersiar-siar membonceng motosikal bersama teman lelakinya berusia 19 tahun.
Namun, tindakan pasangan terbabit membawa padah apabila dia turut ditahan bersama puluhan remaja lain yang berpelesiran tanpa tujuan.
Lebih malang, hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methapethamine.
Selain gadis berkenaan, turut ditahan dua pelajar tingkatan empat serta seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Pelajar itu difahamkan keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa sebelum mengambil motosikal bapanya tanpa kebenaran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, 23 motosikal dan empat kereta ditahan selain saman pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam operasi yang berakhir sekitar jam 5 pagi itu.
“Seorang gadis serta empat remaja lelaki yang didapati positif dadah jenis methapethamine itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya
SH Online
No comments:
Post a Comment