Sunday, April 7, 2013

Potong Kemaluan - Bapa Telah Sedarkan Diri, Suspek Perlu Jalani Pembedahan

Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anak kandungnya telah sedarkan diri dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, mangsa yang berusia 67 tahun itu mula sedarkan diri pada Rabu lalu dan kini stabil setelah menjalani pembedahan untuk menyambung kembali kemaluannya 24 Mac lepas.

Beliau berkata suspek yang berusia 40 tahun, terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi kerana belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan.

"Suspek terpaksa jalani pembedahan dalam masa terdekat kerana luka yang dihadapi masih belum sembuh," katanya kepada pemberita semalam.

Manoharan berkata setakat ini pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital untuk mengetahui keadaan sebenar suspek. Beliau berkata tangkapan dan siasatan akan dilakukan sebaik pihak hospital memaklumkan keadaan kesihatan suspek.

Pada 24 Mac lepas seorang penyelia di sebuah kilang di ibu negara bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri. Dalam kejadian 1.30 pagi di kediaman keluarganya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya Dungun, suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

No comments:

Post a Comment