Monday, April 15, 2013

PRU-13 : Pengundi Perlu Tolak Calon Nomad - Zainal Abidin Osman


Pengundi di Pulau Pinang dinasihatkan agar menolak calon yang gemar berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain hanya disebabkan kegagalan mereka menunaikan janji kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang Datuk ZainalAbidin Osman berkata kecenderungan calon nomad itu hanyalah untuk memperjudikannasib rakyat di kawasan masing-masing semata-mata kepentingan peribadi mereka.

"Wakil rakyat seperti ini akan menggunakan apa sahaja alasan untuk mewajarkan tindakan mereka berpindah ke kawasan lain, hakikatnya mereka sebenarnya takut berdepan dengan tindak balas daripada pengundi yang kecewakerana mereka gagal menunaikan janji.

"Situasi ini benar-benar tidak adil kepada pengundi kerana mereka tidak diberi peluang untuk menilai prestasi ahli-ahli politik 'nomad' ini," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di pasar awam dan pusat operasi pilihan raya di Taman Bukit Panchor semalam.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini pengundi perlu membuat keputusan bijak dengan memilih calon daripada parti politik yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Pengerusi BN Pulau PinangTeng Chang Yeow dijangka mengumumkan senarai calon BN negeri ini yang akan bertanding pada PRU13 selewat-lewatnya pada Selasa.

Katanya pada majlis itu, Teng akan menyerahkan surat pelantikan kepada calonBN yang dipilih itu, 60 peratus daripadanya bagi lima kawasan Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada muka baharu.

"Calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN telah dipilih denganteliti dan 15 calon Umno yang dipilih adalah penduduk tempatan di kawasanmasing-masing," katanya. Beliau turut menggesa pemimpin Umno dan anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon untuk terus kekal dengan parti dan memberikan sokongan kepada calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan.

No comments:

Post a Comment