Friday, April 12, 2013

Pulang Mengundi - Airasia Tawar Tambang Istimewa Serendah RM29


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menawarkan tambang istimewa serendah RM29 kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata tambang rendah itu akan dapat membantu mereka pulang pada hari pengundian yang akan diadakan pada 5 Mei sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau berkata bagi penerbangan domestik seluruh Malaysia, tambang bermula daripada RM29 sehala bagi laluan seperti Kuala Lumpur ke Johor Baharu, Pulau Pinang, Alor Setar, Terengganu, Langkawi dan lain-lain.

Tambang istimewa itu juga, katanya termasuk penerbangan yang beroperasi dari hab lain AirAsia di seluruh negara. Aireen berkata berkata rakyat Malaysia dari bandar-bandar di Indonesia pula boleh pulang untuk mengundi dengan tambang serendah RM55 sehala, manakala tambang serendah RM120 dan RM124 dari Singapura dan bandar-bandar lain di Asean.

Beliau berkata tambang murah itu sudah boleh ditempah di laman web AirAsia, www.airasia.com untuk tempoh perjalanan segera, serta menerusi platform tempahan mudah alihnya menerusi telefon berkeupayaan WAP di mobile.airasia.com dan AirAsia apps di peranti iPhone dan Android

 "Kami menjangka ramai rakyat Malaysia yang akan kembali ke kawasan pengundian masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.

No comments:

Post a Comment