Yahya menyampaikan pendahuluan nafkah kepada salah seorang ibu tunggal di Kuala Terengganu, semalam. |
Ia adalah bantuan sara hidup selama enam bulan dan bekas suami mereka perlu membayarnya semula kepada jabatan setelah diarahkan mahkamah.
Ketua Hakim Syarie jabatan itu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata Bahagian Sokongan Keluarga jabatan akan memantau pelaksanaan setiap perintah nafkah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah bagi memastikan bekas suami membayar jumlah yang ditetapkan kepada bekas isteri mereka.
Sehingga Disember 2012, seramai 40 ibu tunggal menerima bantuan pendahuluan nafkah berjumlah RM70,080.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes berjaya diselesaikan apabila tujuh kes selesai dengan bayaran penuh dari bekas suami, manakala 10 kes selesai dengan bayaran ansuran yang keseluruhannya berjumlah RM11,200," katanya di majlis penyerahan sumbangan itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad di Kuala Terengganu, semalam.
Wan Mohd Zakri berkata kejayaan BSK menyelesaikan 17 kes itu adalah dengan kerjasama ibu tunggal sendiri yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga hadir ke Mahkamah Syariah untuk menjalani prosiding kes dari awal hingga selesai dibicarakan.
Sementara itu beberapa ibu tunggal yang ditemui menyifatkan pemberian wang pendahuluan nafkah itu sebagai tepat pada masanya kerana mereka kini terpaksa mengerah tulang empat kerat mencari rezeki untuk menyara hidup membesarkan anak-anak.
Bagi Ruzaini Che Masor, 28 dari Besut, beliau kini hanya bergantung kepada pendapatan hasil berniaga kecil-kecilan yang tidak menentu setiap bulan.
"Sejak berpisah pada tahun 2008, hidup saya memang terumbang ambing, malah bekas suami turut mencabar saya membawa kes tuntutan nafkah ini di Mahkamah Syariah setelah usaha untuk berbincang secara baik ditolak mentah-mentah.
"Alhamdulillah, dengan pendahuluan wang nafkah sebanyak RM1,200 ini dapatlah saya menggunakannya untuk keperluan anak yang kini bersekolah di Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT)," katanya yang mengakui sukar berunding dengan bekas suami yang sudah pun berkahwin lain.
Seorang lagi ibu tunggal, Nur Elysaa Mohamad, 26, dari Dungun pula hanya mengambil upah menjahit baju kurung untuk menyara hidup bersama dua orang anaknya yang berusia lapan dan empat tahun.
"Nasib saya agak baik kerana tinggal bersama emak dan ayah. Adik beradik saya juga banyak membantu meringankan beban kewangan kerana mereka begitu mengambil berat terhadap kebajikan kami tiga beranak.
"Saya bersyukur sangat kepada kerajaan yang menyalurkan peruntukan seumpama ini kerana memang membantu kami dari segi kewangan," katanya yang mahu bekas suami segera menunaikan tanggungjawab membayar nafkah seperti dituntut dalam Islam.
Bagi Mazatul Akmal Musa, 29, pula helah bekas suaminya yang sering menukar nombor telefon menyukarkan usaha untuk meminta nafkah secara baik.
"Sekarang ini saya menjadi pembantu tukang masak di kedai dengan upah RM50 sehari.
Sepanjang saya bekerja malam, tiga anak saya dijaga oleh nenek dan datuknya di rumah mereka," katanya yang menerima wang pendahuluan nafkah sebanyak RM1,800.
No comments:
Post a Comment