Wednesday, April 10, 2013

TDM Cadang Agih Dividen 22 Sen

TDM Bhd mencadangkan pembayaran dividen pertama dan akhir sebanyak 22 sen bagi tahun kewangan berakhir 2012. Ia adalah pembayaran dividen tertinggi kumpulan berkenaan setakat ini, iaitu 53 peratus daripada keuntungan bersih yang diraihnya pada tahun berkenaan.

Jumlah itu adalah melebihi dasar pengagihan dividen kumpulan iaitu sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih.


Mengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutifnya, Badrul Hisham Mahari, berkata pihaknya komited dalam memberi ganjaran kepada pemegang saham berikutan sokongan berterusan dan kesetiaan mereka kepada kumpulan. Laksana terbitan bonus.

"Walaupun kami mencatatkan keuntungan yang lebih rendah dalam tahun kewangan yang lalu, kami masih terus mengumumkan peningkatan dividen bagi tahun ke enam berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Terengganu kelmarin.

Bagi meningkatkan urus niaga dan kecairan dagangan saham TDM, kumpulan berkenaan juga mencadangkan pelaksanaan terbitan bonus satu untuk setiap lima saham sedia ada yang akan menyaksikan penerbitan sehingga 49,388,722 saham bonus bernilai RM1 setiap satu.

Katanya, terbitan bonus itu akan menyebabkan peningkatan asas modal saham syarikat, justeru memberi gambaran yang lebih baik mengenai saiz operasi kumpulan berkenaan.

Sebaik terbitan bonus itu dimuktamadkan, saham TDM akan dipecah kepada lima dengan nilai saham syarikat akan dikurangkan kepada 20 sen sesaham daripada RM1 sesaham sebelum ini. Langkah ini bertujuan untuk memantapkan lagi penampilan TDM, sekali gus memperluaskan lagi capaian kumpulan kepada kumpulan pemegang saham dan pelabur, katanya.

Badrul berkata, selepas semua proses berkenaan selesai, modal terbitan dan modal berbayar TDM akan menjadi RM296.3 juta yang terdiri daripada 1.48 juta saham bernilai 20 sen sesaham. Beli semula saham

Katanya, sebagai tambahan, TDM turut mencadangkan pembelian semula sahamnya, dengan jumlah maksimum sehingga 10 peratus daripada modal terbitan dan berbayar kumpulan.

Pembelian semula saham akan menyediakan kumpulan dengan fleksibiliti tambahan selaras dengan inisiatif pengurusan modalnya, iaitu untuk menggunakan sebarang lebihan dana dalam cara yang cekap bagi membeli saham TDM daripada pasaran terbuka.

Kami percaya langkah berkenaan akan dilihat dari sudut positif daripada komuniti pelabur sekali gus meluaskan asas pemegang saham kami, katanya

BH Online

No comments:

Post a Comment