Saturday, May 11, 2013

Ahmad Said Dan Exco Terengganu Angkat Sumpah Hari Ini?


Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di Istana Maziah, di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut sumber daripada Jabatan Penerangan Terengganu, istiadat di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang dijadual pukul 9.15 pagi itu akan turut disertai angkat sumpah jawatan barisan exco negeri.

Ahmad Saaid , 56, menerima surat pelantikan itu petang kelmarin selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas Barisan Nasional Terengganu mengekalkan penguasaan apabila menang 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13, Ahad lepas.

Ahmad Said mempertahankan kerusi DUN Kijal dengan majoriti 4,204 undi mengatasi calon PAS Hazri Jusoh.

No comments:

Post a Comment