Wednesday, May 1, 2013

Alias Diyakini Mampu Jaga Kebajikan Orang Cina

Persatuan Kebajikan Masyarakat Cina Alur Limbat menyerahkan 12 manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada calon Barisan Nasional (BN) Alur Limbat untuk dilaksanakan kepada masyarakat Cina di Dun berkenaan.

Pengerusinya, Ng Kok Tee berkata, manifesto itu diserahkan kerana persatuan dan 468 ahli menaruh kepercayaan kepada BN terutama Kerajaan Negeri serta penyandang Adun Alur Limbat, Alias Abdullah untuk terus menjaga kebajikan masyarakat Cina.

“Sebagai badan bukan kerajaan, saya sangat berharap kebajikan termasuk pelbagai jenis bantuan dapat diberikan kepada masyarakat Cina.

“Saya bagi pihak persatuan berterima kasih kepada calon Alur Limbat kerana selama ini tidak pernah mengabaikan kami,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Alias berkata, dia bersetuju 100 peratus dengan manifesto diberi persatuan kepadanya yang mengandungi 12 perkara.

“Saya tidak melihat manifesto ini sebagai perkara besar kerana sebenarnya semua yang disenaraikan di dalam manifesto adalah sebagai penyambung kepada pelaksanaan terdahulu.

“Sebenarnya, hubungan baik antara saya dan persatuan sudah lama terjalin dan manifesto yang diberi ini juga dianggap sebagai sokongan mereka kepada BN.

No comments:

Post a Comment