Saturday, May 4, 2013

Amaran KerasTerhadap Pihak Yang Cetuskan Kekecohan Ahad Ini





Polis Terengganu memberi amaran kepada mana-mana pihak mahupun individu agar tidak mencetuskan kekecohan semasa proses pengundian pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.


Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata polis tidak akan berkrompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghalang orang ramai daripada menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Selain itu kami turut memantau pihak yang cuba menyebar khabar angin dan hasutan melalui blog mahupun khidmat pesanan ringkas," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata sehingga kini polis Terengganu telah membuka 25 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya di negeri ini sejak 20 April lepas.

"Daripada jumlah itu tiga tangkapan dilakukan dan ketiga-tiga mereka didakwa di mahkamah kerana mencetuskan pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen polis mengeluarkan 942 permit ceramah di Terengganu dan 10 kertas siasatan dibuka kerana menganjurkan ceramah tanpa permit.

No comments:

Post a Comment