Saturday, May 4, 2013

Anwar Yakin Pembangkang Tawan Putrajaya


Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pembangkang berupaya mencapai kemenangan besar dan sekaligus berjaya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) esok.

 Katanya Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan berdasarkan sokongan rakyat terhadap mereka.

"Hingga sekarang kami sudah lakukan sesuatu yang sangat baik, jika tiada sabotaj atau penipuan...insya-Allah (boleh ambil alih Putrajaya)," katanya ketika ditemui selepas berucap pada ceramah di Jalan Boria di Sungai Petani, malam semalam.


Ditanya mengenai peluang pembangkang untuk menang di peringkat negeri, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menyatakan keyakinannya untuk menang.

 "Kita sangat yakin, kita lebih kuat sekarang...sangat kuat. Saya sangat yakin," katanya ringkas. Bagaimanapun Anwar tidak menyatakan negeri mana yang beliau yakin akan jatuh ke tangan pembangkang Print this story

No comments:

Post a Comment