Tuesday, May 14, 2013

Bapa Rayu Anak Gadis Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Shahrin menunjukkan gambar anaknya dan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Kampung Raja. 
Seorang bapa merayu anak gadisnya yang keluar meninggalkan rumah di Persiaran Limbongan, Kampung Limbongan dekat Kampung Raja pada 6 Mei lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.

“Saya merayu sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anak perempuan saya agar memaklumkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi saya menerusi talian 01129332940,” katanya.

Shahrin Man, 45, berkata, dia amat bimbang keselamatan anaknya, Nuraqilah, 18, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan, dipercayai mengikut teman lelakinya.
Menurutnya, pada jam 7 petang hari kejadian, anaknya itu ada menghubunginya memaklumkan telah pulang daripada kerja.

"Bagaimanapun selepas saya pulang daripada berniaga pada jam 8 malam, saya dapati Nuraqilah tiada di rumah.

"Usaha menghubunginya melalui telefon bimbitnya juga tidak berhasil,” katanya. Shahrin berkata, pada jam 9.30 pagi, 6 Mei lalu dia menghantar anaknya bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Keluang sebelum dia dan isterinya pergi berniaga di Gong Kedak.

Menurutnya, lazimnya dia yang akan menjemput Nuraqilah pulang kerja namun pada hari tersebut, anaknya itu menghubunginya memaklumkan pulang awal ke rumah.

"Majikan Nuraqilah beritahu dia menghantar anak saya pulang ke rumah kerana mempunyai kunci rumah. 

“Bagaimanapun selepas dia tiada di rumah dan tidak pulang sehingga keesokannya (7 Mei), saya segera membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja," katanya.

Shahrin berkata, dia mengesyaki anaknya lari mengikut teman lelakinya tetapi dia tidak mengenali lelaki tersebut dan tidak tahu di mana dia tinggal.

"Usaha mencari Nuraqilah di merata tempat buntu sehingga sekarang dan pada masa sama, saya bimbang keadaan kesihatan isteri yang terlalu bersedih dengan kejadian ini.

SH Online


No comments:

Post a Comment