Wednesday, May 1, 2013

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Yahya Jusoh Meninggal

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika melawat Yahya...
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia di Kuala Terengganu semalam akibat kanser prostat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira 4.50 petang.

Yahya (duduk paling kiri) ketika mewakili Malaysia

Anak Allahyarham, Hazim Yatimi berkata sebelum itu, bapanya mengadu sakit setelah demam beberapa hari lepas.

Beliau berkata selepas Subuh tadi, Allahyarham mengadu sesak nafas sehingga memaksanya memanggil doktor datang ke rumah mereka pada kira-kira 9 pagi.

"Sejurus menerima rawatan, doktor menyarankan supaya saya bawa bapa ke hospital kerana keadaannya semakin teruk," katanya ketika ditemui di Taman Permint Jaya Chendering di Kuala Terengganu.

Yahya, yang merupakan pemain seangkatan dengan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari, meninggalkan seorang balu, Normah Alias, 60, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki serta tiga cucu.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Datuk Che Mat Jusoh.

Jenazah Yahya, yang juga bekas tonggak pertahanan Terengganu pada era 70-an dan 80-an, dijangka disemadi pukul 9 pagi  ini di Tanah Perkuburan Islam Batu Burok.

No comments:

Post a Comment