Thursday, May 23, 2013

Harun - "Kita Terima Keputusan PRU13 Dengan Hati Terbuka"


Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata, Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang menyokong cara sedemikian.

Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

 “Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

 "Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan. "Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang,” katanya.

No comments:

Post a Comment