Monday, May 27, 2013

Jabatan Imigresen Cari Pelajar Cemar Imej Negara


“Rakyat Malaysia yang melanggar undang-undang dan memalukan negara boleh disenarai hitam, pasport mereka boleh dibatalkan antara tiga hingga lima tahun...Bagi rakyat asing di Malaysia yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan menyertai sebarang aktiviti menjatuhkan imej negara ini pula, mereka boleh diusir ke negara asal selain disenarai hitam sehingga lima tahun."
 - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad

Jabatan Imigresen sedang mengesan rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar yang cuba menggulingkan kerajaan dan menjatuhkan imej negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad, berkata pihaknya tidak teragak-agak bertindak tegas termasuk melarang mereka daripada memasuki negara ini bagi tempoh antara tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963.

“Rakyat Malaysia yang melanggar undang-undang dan memalukan negara boleh disenarai hitam, pasport mereka boleh dibatalkan antara tiga hingga lima tahun.

Kami sedang menunggu laporan Wisma Putra berhubung rakyat kita yang melakukan perbuatan sedemikian di luar negara. Rakyat asing boleh diusir

“Bagi rakyat asing di Malaysia yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan menyertai sebarang aktiviti menjatuhkan imej negara ini pula, mereka boleh diusir ke negara asal selain disenarai hitam sehingga lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH ketika mengulas tindakan segelintir pelajar Malaysia di luar negara yang melakukan demonstrasi, mempamer bendera Malaysia secara terbalik dan menyiarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi laman sosial.

Mungkin dipengaruhi Alias berkata, keghairahan sesetengah rakyat Malaysia bertindak sedemikian mungkin kerana dipengaruhi pihak tertentu yang cuba mendapat perhatian dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan ketika proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di London, didakwa memburukkan nama negara selepas mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan PRU-13 di beberapa lokasi di bandar raya berkenaan.

BH juga difahamkan, seorang pelajar Malaysia dikenali Venus Cheng yang dipercayai menuntut di Sydney, Australia menyiarkan kenyataan berbaur hasutan membunuh pemimpin dan bekas pemimpin negara yang dimuatkan dalam Facebook miliknya, semalam.

No comments:

Post a Comment