Jabatan Perikanan Terengganu akan mengadakan bengkel mengenai peranti penyisih penyu (TED) pada Jumaat ini, dalam usaha jabatan itu mengekang insiden penyu mati terperangkap di dalam pukat.
Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim berkata bengkel akan diadakan dengan kerjasama WWF Malaysia di Institut Perikanan Malaysia Cendering.
Bengkel akan disertai pengusaha bot pukat tunda musim tengkujuh dari seluruh kawasan pantai timur Semenanjung, katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Mengulas kepentingan TED, Abdul Khalil berkata bot yang dilengkapi alat itu akan dapat mengelak daripada turut memerangkap penyu ketika beroperasi menangkap udang sepanjang musim tengkujuh.
Katanya jabatan itu juga mempertimbang untuk menjadikan pemasangan TED sebagai syarat lesen bot pukat tunda.
Langkah itu dilihat perlu kerana banyak penyu didapati mati di perairan Terengganu akibat aktiviti perikanan, katanya menambah pada tahun ini sahaja 10 ekor penyu ditemui mati di perairan Terengganu.
No comments:
Post a Comment