Seramai 14 individu termasuk seorang bayi perempuan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semaalam, untuk disiasat berhubung ajaran Al-Arqam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata individu terbabit yang merupakan antara 35 rakyat Malaysia yang diusir kerajaan Arab Saudi, tiba pada tengah hari tadi dari Jeddah.
"Mereka ditahan untuk siasatan dan selepas disiasat mereka akan dilepaskan dengan bon jaminan Jais," katanya.
Jais sebelum ini menahan 13 individu dari kumpulan sama yang bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah turut ditemui pada mereka.
Mereka ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
No comments:
Post a Comment