Friday, May 17, 2013

Jangan Cetus Situasi Panik Kepada Pengguna

Marimuthu( tengah ) melihat keratan akhbar mengenai pengguna selepas melancarkan Pameran Ulang Tahun FOMCA ke-40 di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor semalam.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meminta orang ramai supaya jangan panik dengan dakwaan harga barangan kawalan naik selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, tuduhan yang dilemparkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya khabar angin semata-mata.

“Ia merupakan dakwaan yang tidak berasas dan saya rasa ia sengaja ditimbulkan untuk menjejaskan reputasi kerajaan.

“Saya harap masyarakat sedar dan jangan mudah percaya dengan mana-mana dakwaan selagi ia tidak dikeluarkan secara rasmi,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan pameran ulang tahun FOMCA ke-40 di pusat beli-belah One Utama di sini semalam.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment