Sunday, May 5, 2013

Kaunter JPN DItutup Sempena PRU13

Perkhidmatan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara ditutup selama dua hari mulai Sabtu sempena hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Perkhidmatan Pelanggan ibu pejabat JPN Putrajaya ditalian 03- 8807067/7071/7077/8203.


JPN dalam satu kenyataan berkata penutupan operasi kaunter itu membabitkan ibu pejabat JPN Putrajaya dan semua ibu pejabat JPN negeri, kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah, yang hanya ditutup esok.

Operasi kaunter JPN akan dibuka semula pada Isnin.

No comments:

Post a Comment