Thursday, May 30, 2013
Kerajaan BN Terengganu Tunai Aku Janji Tambahan Pertama PRU13
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu menunaikan Aku Janji Tambahan BN Terengganu yang pertama sebagaimana dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu , iaitu menaikkan pajakan tanah individu kepada 60 tahun, berbanding hanya 30 tahun sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, mesyuarat Exco semalam membuat keputusan meluluskan pajakan tanah di mana jika melibatkan tanah desa , kampung, perumahan dan sebagainya melibatkan premium sekurang-kuranya 10 peratus.
“Manakala tanah bandar, komersial dan sebagainya termasuk perumahan serta perkedaian, ini sekurang-kurangnya 20 peratus, berdasarkan penilaian semasa,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Aku janji pajakan tanah individu dinaikkan itu merupakan satu dari 18 kandungan Aku Janji Tambahan BN yang diumumkan ketika PRU13 lalu, membuktikan Kerajaan BN mengotakan janji kepada rakyat sebaik sahaja memenangi PRU 5 Mei, baru-baru ini.
Sebelum ini, BN Terengganu melancarkan Aku Janji BN Terengganu `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ mengandungi 18 perkara yang bakal dilaksanakan di Terengganu sekiranya mendapat mandat rakyat untuk terus memerintah negeri ini selepas PRU13.
Teganukita
No comments:
Post a Comment