Sunday, May 19, 2013

Kontraktor Terengganu Paling Ramai Disenaraihitam oleh SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina jumlah tertinggi 1,265 daripada 10,307 Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) pada tahun ini di Kelantan, diikuti yang kedua tertinggi di Terengganu (1,300 RMR).

Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh, berkata setiap RMR berharga RM65,000. 

Sementara itu SPNB akan memberi peluang kedua dan terakhir kepada 888 kontraktor yang disenarai hitam kerana gagal menyiapkan rumah-rumah di bawah (RMR) yang telah dilancarkan sejak 2002.

Seramai 187 daripada kontraktor yang disenarai hitam itu adalah di Terengganu, Johor (109), Pahang (103), Negeri Sembilan (100), Kedah (86), Perak (84), Kelantan (81), Perlis (52), Melaka (39), Selangor (36), Pulau Pinang (lima), Sabah (empat) dan Kuala Lumpur (dua).

Jumlah itu merupakan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 8,914 kontraktor yang sebahagian besar mereka dikesan menghadapi masalah kewangan untuk menyiapkan rumah berkenaan.

"Jumlah yang kita senarai hitam ini meningkat sejak dua tahun lalu yang ketika itu seramai 120 kontraktor sahaja dan angka terbaharu ini amat membimbangkan kita."

"Bagaimana pun, SPNB akan memberikan peluang kedua dan terakhir kepada 888 kontraktor berkenaan bagi membuktikan kembali keupayaan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Siri Ceramah Pengerusi Global 16/2013 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Dr Kamarul Rashdan berkata Antara lain masalah kontraktor berkenaan yang dikesan adalah masalah mendapatkan pekerja dan syarikat yang kurang pengalaman, katanya.

"Sehubungan itu, SPNB akan mengadakan program pemulihan terhadap semua kontraktor yang disenarai hitam itu dengan memberikan mereka penerangan dan pendedahan dalam selok belok industri," katanya. 

Dengan adanya program pemulihan itu, katanya SPNB akan mengetahui apa masalah sebenar mereka dan semua maklumat berkenaan akan dikumpul untuk dibawa kepada pengetahuan, sama ada pada peringkat kementerian atau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Selepas itu, kita berikan peluang kedua dan jika gagal lagi, mereka tidak lagi akan tersenarai sebagai kontraktor kita. Banyak masalah yang kita hadapi untuk menyiapkan kembali rumah-rumah yang gagal disiapkan kontraktor itu," katanya. Sementara itu

No comments:

Post a Comment