Tuesday, May 21, 2013

Malindo Air Sasar 1.5 Juta Penumpang


Syarikat penerbangan hibrid tunggal negara, Malindo Air menyasarkan untuk menerbangkan seramai 1.5 juta penumpang pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, sejak memulakan operasi pada 22 Mac lalu, Malindo Air telah menerima sambutan baik daripada pelanggan.

“Dalam tempoh dua bulan memulakan operasi menggunakan dua pesawat Boeing 737-900ER bagi laluan Kuala Lumpur ke Kuching dan Kota Kinabalu, kami berjaya menerbangkan seramai 100,000 penumpang. 

“Faktor muatan yang hampir mencecah 80 peratus bagi setiap penerbangan adalah cukup baik bagi sebuah syarikat baharu,” katanya pada majlis perasmian pesawat baharu Malindo Air, ATR72-600, di Terminal Skypark Subang semalam.

No comments:

Post a Comment