Friday, May 10, 2013
Naib Presiden MCA Desak Pemilihan Parti Diadakan Segera
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu mahu kepimpinan parti itu mempercepatkan proses pemilihan parti berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas.
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata pemilihan parti yang segera boleh membendung pertikaian dalaman dan perpecahan dalam kalangan anggota parti.
"Biar ahli memilih kepimpinan baharu supaya mereka yang terpilih nanti boleh merangka hala tuju parti," katanya di Georgetown hari ini.
Pada PRU13, MCA, yang ditubuhkan pada 1949, mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu apabila hanya mampu memperoleh tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada jumlah 127 kerusi yang dipertandingkan.
Pada PRU 2008, parti itu memperoleh 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.
No comments:
Post a Comment