Friday, May 24, 2013

Program Rampai Budaya Muzium Terengganu Dijangka Tarik Ramai Pengunjung



Program Rampai Budaya anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) kali ini dijangka mampu menarik lebih 4,000 pengunjung pada musim cuti persekolahan.

Program yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik itu akan bemula pada 26 Mei hingga 6 Jun dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari.



Timbalan Pengarah LMNT Che Muhamad Azmi Ngah berkata program itu adalah sesi kedua tahun ini dan pihaknya menjangkakan pertambahan pengunjung berbanding program pada Mac lepas.

"Program Rampai Budaya kali ini agak berlainan, kerana kami akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertunjukan ular, permainan tradisional, memasak makanan tradisional serta pameran dan jualan. 

"Bagi aktiviti memasak makanan tradisional dan permainan tradisional, kami akan mengajar pengunjung cara untuk membuat makanan dan permainan tradisional seperti membuat keropok, gasing dan serunai dari daun kelapa," katanya semalam.

Beliau berkata aktiviti itu adalah untuk mendidik masyarakat supaya mengenali budaya orang terdahulu dan memastikan budaya masyarakat dahulu terus dikenali.

No comments:

Post a Comment