Wednesday, May 1, 2013

PRU13 - Guru Dinasihat Tidak Terlibat Dalam Kempen - Ketua Pengarah Pelajaran

Guru seluruh negara dinasihatkan tidak berkempen atau mengambil bahagian dalam pilihan raya umum bagi mengelak mereka melanggar Peraturan 19 (1) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, walaupun mereka dibenarkan berbuat demikian (berkempen dan terlibat dalam politik), namun sebagai penjawat awam guru masih tertakluk kepada peraturan tersebut dan boleh dikenakan tindakan tatatertib jika didapati bersalah melanggarnya.

"Mereka perlu menjaga nama baik kerjaya perguruan kerana mereka adalah role model kepada anak-anak murid mereka dan mereka juga telah menandatangani ikrar sebagai penjawat awam," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan pra-pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan kali ke-42, 2013 di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek semalam.

Abdul Ghafar mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Zakaria Husin baru-baru ini yang menyarankan guru yang mahu aktif dalam politik agar meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment