Tuesday, May 21, 2013

Rumah Mampu Milik - Muka Ahmad Said Akan DiLanyak Di Padang Mahsyar?


"Ahmad Said selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Terengganu, berdosa kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Demokrasi pun tidak........... Islam pun tidak...........akhirat kelak dia (Ahmad Said) bertanggungjawab,"
 - Datuk Nik Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Said yang bertegas tidak mahu melaksanakan pembangunan terutamanya tidak mahu mendirikan rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang BN kalah dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu dikecam oleh Mursyidul Am PAS.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Menteri Besar Terengganu sebagai tidak demokratik dan jauh sekali dari ajaran agama Islam.

"Demokrasi pun tidak........... Islam pun tidak...........akhirat kelak dia (Ahmad Said) bertanggungjawab,"ujarnya.

Beliau menyatakannya ditemui wartawan Buletinonline, Syed Hussain Solahuddin, selepas menunaikan solat Jumaat di masjid al-Fathul Mubin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Mei lalu.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, Ahmad Said selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Terengganu, berdosa kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Beliau memberi ingatan kepada semua umat Islam, orang-orang yang melakukan dosa akan diazab oleh Allah SWT diakhirat kelak. "akhirat kelak segala orang jahat akan dilanyak muka dia di padang Mahsyar tak kira dia tu datuk mahupun tuan guru...........

"Saya tak sentuh soal peribadi ahmad Said, "(se)siapa (sahaja) yang buat jahat dia akan berdosa,"jelasnya. 

Sehubungan itu, beliau memberikan misalan, seseorang pemimpin itu sepatutnya tidak dipengaruhi oleh dunia kerana Allah melantik Nabi SAW dari golongan yang tidak mempunyai harta supaya orang-orang yang mengikutnya, mempercayai kebenaran yang dibawa, bukan kerana beliau seorang yang kaya.

"Nabi Muhamad (SAW) sengaja dilantik oleh Allah Taala dari orang miskin supaya pengikutnya itu tidak terpengaruh dengan harta, kerana dia orang miskin........ tapi ikut lah nabi kerana dia membawa kebenaran (bukan kerana harta benda),"katanya.

buletinonline.net

No comments:

Post a Comment