Friday, May 3, 2013

Saiful Buat Sumpah Laknat Kedua Di Hadapan Kaabah


Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknat buat kali kedua beberapa bulan selepas keputusan kes dia mendakwa diliwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan Mahkamah Tinggi tahun lalu.

Mohd. Saiful berkata, sumpah laknat itu dilakukan pada 9 April tahun lalu di hadapan Kaabah sewaktu mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya di Mekah.

"Sumpah laknat itu adalah benteng perjuangan terkuat saya dalam menegakkan kebenaran," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri peguamnya, Zamri Idrus di Petaling Jaya semalam.

Mohd. Saiful membuat sumpah laknat kali pertama di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008. Pada 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 kerana tiada bukti kukuh.

Kes itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan, yang menetapkan Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

No comments:

Post a Comment