Wednesday, May 29, 2013

Siasat Masjid Runtuh Di Terengganu - JKR Beri Komitmen Penuh

Fadillah (tengah) dan pegawai JKR melihat pelan plaza tol di persimpangan bertingkat Kuala Terengganu, kelmarin.
Jabatan Kerja Raya (JKR) kelmarin menyatakan komitmen bekerjasama penuh dengan kerajaan negeri dalam mencari punca kejadian bumbung anjung Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu yang runtuh 20 Mei lalu.

Malah, JKR akan memenuhi tuntutan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang  meminta JKR meneliti semula semua masjid di negeri ini yang mirip Masjid Kampung Binjai Kertas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata siasatan JKR  berhubung kejadian  akan membabitkan beberapa masjid lain yang mempunyai reka bentuk sama di negeri ini.




Menurut beliau, siasatan akan dikendalikan pakar cawangan forensik JKR Pusat.

“Hasil siasatan pakar forensik JKR Pusat dijangka dibentang dalam masa terdekat. “Ia sudah siap, cuma perlu diperincikan.

Keputusannya bergantung kepada laporan pasukan pakar forensik berkenaan dan jika kejadian membabitkan bumbung bukan keseluruhan struktur masjid, mungkin bumbung harus kita siasat.

“Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan secara menyeluruh,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia selama tiga hari bermula kelmarin di Terengganu Equestrian Resort di Kuala Terengganu. Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Berdasarkan laporan, Fadillah berkata, ada 14 kejadian membabitkan runtuhan bangunan dan bumbung di Terengganu setakat ini dengan kes terbesar membabitkan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas kontraktor atau pembekal jika siasatan mendapati wujud kelemahan dari aspek pembinaan atau bahan digunakan.

Tindakan akan diambil “Jika kontraktor atau pembekal bahan didapati tidak melaksanakan projek masjid itu mengikut spesifikasi ditetapkan, kita ambil tindakan.

“JKR Pusat akan bekerjasama rapat dengan JKR negeri, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tenaga profesional seperti arkitek, jurutera bangunan, jurutera elektrik dan mekanikal serta pakar bahan binaan supaya semua projek dilaksanakan mengikut spesifikasi.

 “Kita nak kurangkan kejadian tak diingini dan ia hanya boleh dilakukan jika semua pihak berkepentingan bekerjasama,” katanya.

No comments:

Post a Comment