Thursday, May 9, 2013

Sokongan Masyarakat India Terhadap BN Naik 60 Peratus Pada PRU13


Sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN) meningkat kira-kira 60 peratus pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam.

Beliau berkata, perkara itu menyumbang kepada kemampuan BN untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan di banyak negeri.

"Sokonganmasyarakat India terhadap BN kini lebih tinggi berbanding pada pilihan raya umum sebelum ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Beliau berkata, keadaan berubah selepas kerajaan BN membantu masyarakat itu melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup mereka. MIC dilanda kekecewaan pada pilihan raya umum 2008 apabila ramai anggota masyarakat India meninggalkannya kerana faktor Hindraf, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mmeperjuang kesejahteraan masyarakat itu.

Dr Subramaniam berkata, beliau yakin kehilangan sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU13 bukan berasaskan semangat perkauman, tetapi mungkin kerana masyarakat itu menolak wakil mereka dalam BN.

"Mungkin, persepsi masyarakat Cina ialah pemimpin mereka dalam BN tidak mewakili aspirasi mereka," katanya.

Oleh itu, kata Dr Subramaniam, BN perlu terus melangkah dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan memberi perhatian terhadap keperluan masyarakat Cina.

Beliau juga meminta MCA supaya menyertai Kabinet baharu kerana keengganan parti itu berbuat demikian tidak baik untuk kepentingan negara.

No comments:

Post a Comment