Sunday, May 19, 2013

Tahan Adam Adli : Polis beri amaran jangan timbul kekecohan

Aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim ditahan semalam  berhubung penglibatan beliau dalam forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur  Selangor, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan.

Adam telah ditangkap di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan. Peguam Latheefa Koya berkata, beliau ditahan di Bangsar dan dibawa ke balai polis Jinjang.

Pihaknya sedang menunggu maklumat lanjut mengenai penahanan beliau, katanya.



Adam Adli sebelum ini menjadi tajuk utama akhbar apabila menurunkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 17 Disember 2011. 

Beliau telah digantung daripada Universiti Pendidikan Sultan untuk Idris selama tiga semester.

Sementara itu beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Rakan seperjuangannya N.surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.

"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.

No comments:

Post a Comment