Thursday, May 23, 2013

Tiga Lelaki DitahanKkerana Miliki Dadah


Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai RM1,800 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemeriksaan terhadap kereta Perodua Viva yang ditahan pada pukul 2 petang itu dibuat hasil maklumat orang awam.

"Pemeriksaan mendapati empat botol plastik kecil mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis Heroin disimpan di beberapa tempat di dalam kereta itu," katanya kepada pemberita di Besut, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki tiga biji pil dipercayai dadah jenis Methamphetamine (pil kuda).

Kesemua lelaki berusia antara 24 dan 43 tahun itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul dan menggugut serta merampasbarangan termasuk wang tunai daripada seorang pemilik kedai dobi di Kampung Kepala Gajah, Jerteh di sini 13 Mei lepas.

"Suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Alor Keladi pada pukul 7 petang semalam," katanya.

Kamaruddin berkata siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati kereta jenis Honda Civic yang diguna suspek ketika ditahan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilapor hilang di Butterworth tahun lepas.

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif dadah, katanya.

No comments:

Post a Comment