Kira-kira 300 atlet dari 14 buah negeri akan mengambil bahagian dalam kejohanan Ping Pong Remaja Kebangsaan Bawah 15 hingga Bawah 18 kali ke-33 di Stadium Tertutup di Kuala Terengganu, bermula hari ini.
Setiausaha Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) Mohamed Taib berkata kejohanan selama empat hari itu menyaksikan kategori berpasukan dan individu dipertandingkan.
"Kejohanan tahunan ini dianjurkan Majlis Sukan Negeri Terengganu, PPNT dan kerajaan negeri," katanya semalam.
Beliau berkata kejohanan itu menjadi platform bagi pemain remaja untuk mempamerkan bakat mereka dan dipilih menjadi pemain pelapis negara.
No comments:
Post a Comment