Tuesday, June 11, 2013

Bilangan Kerusi Parlimen, DUN Dijangka Berubah


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan persempadan semula yang akan dilaksanakan bermula tahun ini bakal merubah bilangan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ekoran daripada proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar khususnya, pembukaan Parlimen baru perlu dipertimbangkan.

"Ya, Parlimen Batu, Parlimen Bandar Tun Razak dan banyak lagi yang kita akan pecahkan kepada beberapa kawasan lain untuk elakkan daripada menjadi 'hang'.
"... akan lebih kawasan Parlimen daripada 222... kita juga akan jadikannya ganjil bukan genap.

"Kita akan bincang apakah pendekatan sebaiknya supaya seimbang, tapi Sabah dan Sarawak kita tak boleh nak sama dengan kawasan Semenanjung," katanya kepada Sinar Harian semasa wawancara bersamanya di sini, pagi semalam.

Abdul Aziz turut menjelaskan perubahan kerusi Parlimen dan Dun juga hanya akan berlaku apabila mendapat persetujuan di peringkat Dewan Rakyat dan negeri.

"Jika tidak ada persetujuan, Parlimen akan kekal dengan 222 dan Dun juga akan kekal," katanya. Mengikut laporan media, Sabtu lalu, SPR menyatakan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. "Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan PRU13, maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata kawasan-kawasan yang berpenduduk padat akan dipecahkan bagi memastikan keadaan lebih terurus.

"Jadi kita akan mendengar cadangan yang dikemukakan, pecahkan lagi banyak kawasan bandar ini kalau Kuala Lumpur ada 11 kita akan jadikannya 20.

"Seboleh mungkin kita mahu ia jadikan kawasan tersebut satu pemimpin, satu undi dan satu nilai," ujar beliau.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menafikan persempadan semula tersebut akan menguntungkan BN. "Itu kita tak ambil tahu, kita nak buat persempadanan semula supaya ia lebih seimbang dan memudahkan kita," katanya lagi.

1 comment:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Persempadanan baru kawasan pilihanraya adalah tugas yg dikhaskan kepada SPR.
    Samada diterima atau tidak oleh Parlimen bila dibentangkan nanti, itu isu lain. Yg penting tugas dilakukan mengikut apa yg diperaturankan oleh Perlembagaan Negara.

    Bagaimanapun, yg lebih penting pada PRU-14 nanti ialah penggunaan biometrik untuk setiap pengundi berdaftar. Gunakan kesahihan cap jari. Jangan harapkan kpd kad pengenalan sahaja.

    Satu perkara mesti diingat, iaitu apabila puak pembangkang tidak setuju dgn penggunaan biometrik, bererti mereka ada agenda tersembunyi yg mungkin akan mendedahkan penipuan kad pengenalan yg mereka berikan khas kpd China Doll yang puluhan ribu ramainya tak dapat dikesan setelah mereka memasuki negara ini melalui pas lawatan.

    Ketika itu jangan pedulikan bangkangan mereka. Kalau mereka bangkang sahlah mereka ada agenda MENIPU. Jgn berlembut dgn mereka. Jgn takut. Negara kita memerlukan kepimpinan stail Tun M - tegas demi bangsa, negara dan agama Islam.

    Kalau ini tidak dapat dilakukan pada PRU akan datang, jangan harap BN akan mampu bertahan.

    Pembangkang yg didalangi zionis Singapura boleh lakukan apa sahaja demi menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam di Nusantara ini.

    Mereka tidak akan berhenti sehingga dunia ini kiamat.

    ReplyDelete