Thursday, June 6, 2013
Jenica Saman DAP Mohon Deklarasi Anggotanya Dikembalikan
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai Jenice Lee Ying Ha menfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu.
Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur dan menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Lee memohon deklarasi agar keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001 dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah kerana siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lepas tidak mengikut Perlembagaan parti itu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Lee yang juga bekas setiausaha publisiti DAP Selangor bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai namun tewas.
No comments:
Post a Comment