Tasik Kenyir sekali lagi akan menjadi tumpuan kaki pancing dari dalam dan luar negara apabila program cabaran memancing Boat On The Road (BOTR) 2013 membuka tirainya pada 14 Jun depan.
BOTR anjuran kerajaan negeri dan Unit Joran Berita Harian itu menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM73,300 termasuk RM20,000 kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan Arapaima Gigas.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu tengah (Ketengah) Haji Wan Mat Amin Wan Daud berkata sebagai tuan rumah pihaknya sudah bersedia menanti kehadiran peserta sepanjang tiga hari acara berlangsung.
Katanya, berdasarkan pengalamanan penganjuran sebelum ini, acara ini berjaya menarik ramai kaki pancing dari dalam dan luar negara.
“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kaki pancing sekali lagi ditawarkan ganjaran berjumlah RM20,000 jika berjaya menaikkan ikan Arapaima Giagas yang dipercayai menghuni Tasik Kenyir.
“Penganjuran BOTR ini juga dijangka mampu meningkatkan kehadiran pelancong ke tasik buatan manusia itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelaras BOTR di Pejabat Ketengah, Pengkalan Gawi baru-baru ini.
Katanya, majlis pelancaran dan pelepasan peserta dijangka akan dilakukan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di mana konvoi peserta BOTR memulakan ekspedisi dari Seri Pentas TV3 di Bandar Utama Petaling Jaya pada jam 8 pagi.
No comments:
Post a Comment