Sunday, June 30, 2013

Karpal Gesa SPR Batal Beberapa Kerusi Parlimen, DUN

Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membatalkan beberapa kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai bilangan sama banyak.

"Ini untuk mengelakkan Parlimen tergantung," katanya pada sidang akhbar di Air Itam, kelmarin.

Karpal mengulas tentang pilihan raya kecil di Kuala Besut, Terengganu akan datang dengan kemungkinan berlaku pemisahan 32 kerusi sama rata. "SPR perlu menambah sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di negeri-negeri ini," katanya.

 Katanya dewan undangan negeri-negeri yang lain dengan jumlah kerusi sama banyak ialah Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).


No comments:

Post a Comment