
"Di bawah program ini, AmBank menyediakan elaun sebanyak RM80 sebulan untuk setiap keluarga. Elaun ini bertujuan membantu membiayai kos barangan makanan harian mereka seperti gula, beras, tepung, susu dan minyak masak.
"Kami menggunakan MyKad sebagai saluran pengagihan. Penerima boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan berkenaan di pasar raya yang sudah ditetapkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Komuniti AmBank-MyKasih, di Pasar raya Giant di Kuala Terengganu.
Syed Anuar berkata dengan cara itu Kumpulan Ambank dapat memastikan sumbangan yang disalurkan sampai dan dinikmati terus oleh penerima.
Katanya sebagai sebahagian daripada komponen utama program terbabit, Kumpulan AmBank juga akan mengadakan sesi celik kewangan yang bertujuan memberi pendedahan dan cara mengurus kewangan dengan baik kepada keluarga berkenaan.
"Keluarga yang dipilih dalam program ini akan menghadiri ceramah yang dijalankan oleh sukarelawan AmBank dan MyKasih. Pada sesi ini, keluarga berkenaan akan diajar cara menghadapi waktu sukar dan mengatasi masalah kewangan.
"Pendekatan ini akan terus menjadi tulang belakang dalam membantu golongan yang memerlukan. Program seumpama ini diharap dapat membantu kami memainkan peranan korporat yang berkesan untuk menjalankan tanggungjawab sosial," katanya.
Kumpulan AmBank bekerjasama dengan Yayasan MyKasih sejak November 2009 dan sudah menaja 100 keluarga berpendapatan rendah di Sentul, Kuala Lumpur.
Syed Anuar berkata kejayaan dan kecekapan sistem subsidi makanan MyKasih memberi inspirasi kepada Kumpulan AmBank untuk terus menyokong MyKasih.
No comments:
Post a Comment