Kemalaangan pelumb basikal di Putrajaya. |
Timbalan Presiden MNCF, Datuk Naim Mohamad berkata, mengikut perangkaan kini terdapat lebih 50 kelab berbasikal di Kuala Lumpur dan lebih 70 kelab di Selangor dengan jumlah lebih kurang 30,000 pelumba menjalankan aktiviti berbasikal setiap minggu dengan berkongsi jalan raya yang sibuk.
“Tidak lama lagi kami akan meletakkan langkah keselamatan buat peminat lumba basikal yang menjalani riadah berbasikal di jalan raya. Sebelum ini kami sudah melihat contoh yang dilakukan di negara lain seperti Eropah.
"Kami menggalakkan mereka yang menjalani riadah berbasikal supaya mempunyai satu kenderaan mengiringi kelompok pelumba bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya mengulas laporan khas BH ‘berlumba dengan maut’, semalam.
Naim berkata, pihaknya juga sedang mengkaji semula prosedur operasi latihan bagi atlet berbasikal negeri dan kebangsaan.
"Memandangkan kes baru-baru ini membabitkan kelompok pelumba yang ramai iaitu 45 pelumba, kita mengkaji sama ada menambah marsyal atau lebih banyak van untuk mengiringi latihan," katanya merujuk insiden pelumba pelapis Terengganu, Muhammad Syafiq Imran Syahril yang maut digilis treler ketika sesi latihan di Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment