Tuesday, June 11, 2013

MP Pakatan Boleh Dilucutkan Jawatan Jika Tidak Angkat Sumpah Dalam Tempoh 6 Bulan


Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'.

 Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakananggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidanganbagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.

"Jika anda tidak (berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas.

 Mengulas lanjut, Pandikar berkata mereka yang tidak mengangkat sumpah dalamtempoh enam bulan daripada hari pertama persidangan Dewan Rakyat juga akan lucutjawatan sebagai anggota parlimen secara automatik.

Sebanyak 111 anggota parlimen menghadiri taklimat hari ini termasuk seorangzanggota parlimen pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri).

Ditanya mengenai ketidakhadiran anggota parlimen pembangkang yang lain,Pandikar berkata kemungkinan mereka mempunyai hal lebih penting kerana kehadiranpada taklimat itu tidak diwajibkan.

No comments:

Post a Comment