Friday, June 14, 2013

Penagih Dadah Wanita Berkurangan?


Pelaksanaan program transformasi secara radikal oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya mengurangkan bilangan wanita yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah di negara ini.

 Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK, Ahmad Nazir Long berkata, menerusi transformasi program rawatan dan pemulihan AADK sejak tahun 2011, jumlah penagih wanita di seluruh negara menurun kepada 195 orang pada tahun 2011 berbanding 580 pada tahun 2010.


 “Pola jumlah penagih wanita terus menunjukkan penurunan dan pada tahun lepas merekodkan penurunan kepada 175 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Komuniti bertajuk ‘Wanita dan Penyalahgunaan Dadah’ di Georgetown semalam.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment