Menteri Besar melawat gerai selepas merasmikan Karnival Usahawan Mega Zon Timur anjuran Mara di Kuala Terengganu, semalam. |
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, membuat gesaan itu terhadap terutama terhadap restoran dan kedai-kedai yang menjual bahan-bahan makanan, sayur-sayuran dan ikan.
"Saya nasihatlah agar peniaga dan pengusaha jangan ambil untung terlalu tinggi kerana orang akan serik untuk datang lagi sedangkan tahun ini Tahun Melawat Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Mega Zon Timur anjuran Mara di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Pengarah Mara negeri Abdullah Mohamad. Sementara itu semasa merasmikan karnival, Ahmad berkata program itu diharap dapat membangun dan seterusnya memantapkan jaringan perniagaan antara usahawan zon timur yang meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Kita berharap dengan program seumpama ini dapat melahirkan kelompok usahawan yang berdaya tahan, berdaya maju dan berinovatif selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Mara," kata Ahmad.
Abdulah berkata program itu yang diadakan selama empat hari bermula semalam mensasarkan kehadiran 50,000 pengunjung.
Katanya, kira-kira 100 buah gerai yang terdiri daripada 40 buah dari peniaga dan usahawan negeri ini manakala 30 masing-masing dari Kelantan dan Pahang menyertai karnival itu.
No comments:
Post a Comment