Gambar Hisaan...Antara mesin ATM yang kena pecah. |
Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikalakan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan disetiap daerah.
"Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawatpremis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari disemua daerah di seluruh negara.
"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.
Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadapsebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya iaberlaku dalam tempoh rondaan mereka.
Dalam perkembangan lain, Ayub berkata cadangan bagi mengasingkan laluanpejalan kaki dan motosikal sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadarjenayah jalanan masih di peringkat perbincangan.
Beliau berkata cadangan itu perlu dibincangkan dan maklumbalas daripadaorang ramai juga diperlukan.
"Kita sudah mendapat respon daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)namun untuk laksanakan perkara itu kita kena lihat keadaan sekeliling dankesannya kepada masyarakat," katanya.
Ayub berkata berdasarkan statistik, jenayah membabitkan motosikal menyumbang50 peratus daripada indeks jenayah negara dan cadangan itu dilihat mampu mengurangkan jenayah jalanan.
"Sebagai contoh, kejadian curi motosikal merupakan penyumbang utama indeks jenayah di negara ini. "Jadi kalau kita zonkan motosikal di kawasan-kawasan tertentu mungkin jenayah yang melibatkan motosikal dapat dikawal," katanya.
No comments:
Post a Comment