Muhammad Daud |
Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli beramah dengan peserta pertandingan. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Rozi Mamat.
Kejohanan yang melibatkan tujuh kategori perlumbaan termasuk empat daripadanya kejohanan Motocross AAM Malaysia, bermula Khamis lepas (6 Jun) melibatkan hampir 150 peserta dari Filipina, Thailand, Indonesia, Guam, China, Jepun, Iran dan Malaysia.
Kejohanan kali kedua diadakan di Terengganu itu mendapat pengiktirafan FIM dan AAM melibatkan hadiah keseluruhan hampir RM30,000.
Ia anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Maju Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Katanya, kategori pertama yang dipertandingkan mengikut pasukan dan individu ialah kategori Kelas 1 MX125-2 lejang 125cc dan 4 lejang 250cc serta Kelas 2 MX 85cc dan 4 lejang 150cc, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$7,750 (RM23,521) tempat pertama hingga ke-10.
Pelumba cilik negara Muhammad Daud Mohd Kassim, 14 berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih juara kategori Asian MX85, dalam pusingan kedua kejuaraan berkenaan semalam.
Anak kelahiran Rompin, Pahang itu menewaskan dua pencabarnya Mark Reggie Flores dari Filipina dan Jacques Gunawardena (Sri Lanka) yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Muhammad Daud yang juga pelajar Sekolah Agama Rompin, berkata keadaan cuaca yang terlalu panas tidak mematahkan semangat untuk terus bertarung bagi meraih juara bersama pelumba-pelumba lain yang dianggap sangat hebat.
"Kejuaraan ini adalah yang istimewa buat saya kerana ini adalah pencapaian tertinggi saya sehingga peringkat Asia," katanya yang berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan wang tunai US$200.
Manakala pelumba Thailand, Jugkrit Suksripaisan yang mempamerkan tunggangan meyakinkan muncul juara kategori Asian MX2.
Dengan kemenangan itu, pelumba kelahiran Ayutthaya yang menunggang motocross jenis Honda mengutip mata tertinggi dalam kedua-dua saingan perlumbaan yang masing-masing perlu ditamatkan dalam masa 20 minit dengan tambahan dua pusingan, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai AS$1,000 (RM3,090).
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pelumba Jepun, Tomoya Suzuki (US$800) dan pelumba Iran, Ali Borzouzadeh (AS$700).
Suksripaisan, 17, ketika ditemui selepas perlumbaan menyifatkan pencapaian itu antara tunggangannya yang terbaik setakat ini selain dibantu keadaan cuaca yang panas terik untuk memecut laju menewaskan 14 peserta lain.
"Cuaca panas benar-benar membantu saya. Saya berasa cukup yakin untuk memecut di atas trek malah ketika melakukan 'lap'," katanya.
Bagi kateogori Asian Veteran pula, pelumba Filipina Reigin Royce Leongson muncul juara manakala Stanley Yasuhiro (Guam) dan Marciano San Andres (Filipina) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Kejohanan yang melibatkan tujuh kategori perlumbaan termasuk empat daripadanya kejohanan Motocross AAM Malaysia, bermula Khamis lepas melibatkan hampir 150 peserta dari Filipina, Thailand, Indonesia, Guam, China, Jepun, Iran dan Malaysia.
No comments:
Post a Comment