Tuesday, July 30, 2013

Ahmad Said Hadiri Mesyuarat Kewangan Negara 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2013.

Mesyuarat tahunan ini akan membincangkan peruntukan kepada semua negeri dan pengurusan kewangan negeri serta perkara-perkara yang berkaitan.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.

Turut hadir pada mesyuarat kali ini termasuk Menteri Besar Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Pahang, Perak, Johor dan Kelantan.

Selain itu, juga hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah manakala Sarawak diwakili Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh.

No comments:

Post a Comment