Monday, July 8, 2013

BSN Peruntukkan RM2.4 Juta Untuk Sumbangan 20 Buah Van Jenazah Di Masjid Seluruh Negara

Bank Simpanan Nasional (BSN) memperuntukkan sebanyak RM 2.4 juta bagi membeli 20 buah van jenazah untuk kemudahan masjid-masjid di seluruh negara.

Pengarah BSN negeri Terengganu, Albhar Mohd Tahar berkata bagi negeri Terengganu, pihaknya menyumbangkan satu unit kenderaan tersebut kepada Masjid Kampung Maras, di Batu Rakit dekat Kuala Terengganu.

Katanya hingga kini, sebanyak 13 buah van jenazah telah disumbangkan oleh BSN kepada masjid-masjid yang terpilih di seluruh negara.

"BSN menyokong penuh kerjasama sektor perbankan dalam menjayakan agenda pembangunan sosial masyarakat Islam dan penyerahan van jenazah hari ini merupakan tanggungjawab sosial yang dijalankan melalui wang zakat Skim Perbankan Islam (SPI) BSN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan van jenazah di Masjid Maras, Batu Rakit semalam.

Van jenazah itu akan digunakan untuk empat buah kampung - Kampung Maras, Kampung Hilir Maras, Kampung Wakaf Catur dan Balai Maras yang mempunyai 3,000 penduduk.

No comments:

Post a Comment