Monday, July 22, 2013

Curi Telur Penyu Boleh Didenda RM3,000, Penjara Tiga Bulan


Kesalahan mencuri telur penyu di kawasan rizab kerajaan membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya mengikut Enakmen Penyu Negeri Terengganu 1995 (pindaan 1987).

Pengurus Pusat Konvervasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Abd Halim Mat Nor memberikan peringatan itu berikutan kejadian telur penyu yang sedang dieram dilarikan dari sarang di pusat itu.

Beliau berharap orang ramai khususnya penduduk setempat untuk sama-sama membantu usaha kerajaan membiak penyu yang diancam kepupusan.

"Kita juga mengharapkan orang ramai agar tidak mengganggu penyu untuk naik bertelur sebagaimana kejadian-kejadian sebelum ini," katanya.

Musim penyu bertelur ialah April hingga September setiap tahun dan setakat ini PKPP telah berjaya mengeramkan hampir 180,000 biji telur penyu agar di kawasan-kawasan rizab kerajaan di negeri ini.

No comments:

Post a Comment