Thursday, July 18, 2013

Isu Tanah - Pemimpin PAS 'Menepuk Muntah Di Dulang'...Terbongkar Fitnah, Pembohongan Sendiri!


"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. " - Datuk Seri Ahmad Said

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyatnya bukan sesuka hati mengambil tanah rakyat ketika memerintah Terengganu selama ini.

Isu tanah hanyalah isu lama yang sengaja diulang-ulang kerana PAS ataupun pembangkang. Mereka cuba menarik perhatian rakyat di Kuala Besut selepas tidak ada isu baru yang hendak dibangkitkan pada sesuatu pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini.

Bukan sekadar membahagikan tanah kerpada rakyat tetapi Kerajaan Negeri Terengganu turut membeli semula tanah orang Melayu yang terjual di bandar Terengganu melalui Tabung Warisan Negeri bagi ‘menyelamatkan tanah terlepas ke tangan asing’.

Diberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bahawa  lebih 50 lot sudah terjual dan Kerajaan Negeri berbelanja beratus juta ringgit bagi tujuan ini kerana banyak tanah yang ‘sudah terlepas’ antara Bulatan Penyu di Ladang hinggalah ke Flat Kolam dalam bandar raya Kuala Terengganu.

Walaupun ada pihak menyifatkan langkah Menteri Besar, Ahmad Said ini sebagai ‘rasis’ namun, namun atas dasar mahu mengekalkan pegangan orang Melayu dan mengekalkan orang Melayu dalam bandar, langkah ini terpaksa dilakukan.

Kawasan yang dikatakan banyak tanah orang Melayu terjual.
Hakikatnya, Kerajaan Negeri BN sudah menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sejak Ahmad Said mengambil alih sebagai Menteri Besar pada 2008.

Melalui dasar ‘Demokrasi Tanah’, turut mendapat tanah ialah Exco Kerajaan Negeri, pembesar, pentadbir dan semua pihak, khususnya penjawat awam dan guru.

Kerana itu, Menteri Besar bertegas, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.

Katanya, wakil rakyat berkenaan, seperti juga anak negeri tersebut yang lain, berhak memohon dan memiliki tanah tersebut.

Beliau mengakui bahawa setiap orang daripada empat pemimpin Umno Besut tersebut memiliki satu hektar tanah setiap seorang di kawasan Bukit Dendong, Mukim Tembila dalam daerah Besut.

"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. "Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. "Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Besut semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan PAS yang meminta kerajaan negeri menarik balik tanah yang diberikan kepada empat pemimpin Umno di Besut.

Ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di Kuala Besut pagi semalam mencabar timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan beliau memulangkan semula tanah berkenaan.

Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan', dan bukannya "dimangsai".

Dzulkefly mendakwa, tanah berkenaan diberikan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi ADUN Jerteh. Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah berkenaan ialah MP Besut pada masa itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, ADUN Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad.

Nawi yang juga ADUN Hulu Besut pada hari Isnin lalu telahpun mengakui bahawa beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan bahawa rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri.

Amat jelas, PAS mengitarkan isu lama dengan membangkitkan soal tanah yang dianugerahkan kepada empat pemimpin Umno di Besut.

Sedangkan, PAS juga pernah memberi tanah kepada wakil rakyat parti itu semasa mentadbir Terengganu, dakwanya. Pemimpin PAS tidak henti-henti menfitnah Kerajaan BN Negeri zalim dalam isu pembahagian tanah dan mendakwa merampas tanah rakyat selain membahagikan tanah kepada kroni.

Mereka melemparkan tuduhan itu untuk menutup perbuatan mereka yang salah dan melampau termasuk sewenang-wenangnya mengaku tanah umpamanya di berhadapan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), di Jalan Santong, Paka (rujuk Lebong 16) sebagai milik mereka.

Selain itu, mereka berbohong mengatakan Kerajaan BN zalim menghalau orang Melayu bandar demi pembangunan selain membahagi-bahagikan tanah untuk kroni.

Yang wajar diketahui ialah Kerajaan Barisan Negeri melaksanakan ‘pendemokrasian tanah’ melalui slogan 1Rakyat 1Lot Tanah. Untuk kali pertamanya melalui pentadbiran Ahmad Said, kerajaan negeri Terengganu MENYATAKAN DENGAN JELAS bahawa rakyat negeri tidak kira penyokong parti apa atau fahaman politik mereka berhak mendapat sebidang tanah, sama ada tapak rumah atau tanah pertanian.

Ini bermakna setiap anak watan akan mempunyai sebidang tanah, iaitu aset yang begitu diperlukan dan begitu bernilai untuk setiap keluarga. Kerajaan BN Terengganu tidak seperti ketika pemerintahan PAS, menyelesaikan banyak kes berhubung tanah di negeri ini, termasuk pemberian hak milik kepada penduduk yang layak disebabkan penggunaan teknologi maklumat secara meluas dalam sistem pentadbiran tanah yang cekap.


PTG Terengganu mendapat pelbagai pengiktirafan dan hadiah kecemerlangan kerana mampu menyelesaikan masalah tanah dalam masa yang singkat berbanding negeri lain.

Dalam tempoh empat tahun lalu 12,000 lot tapak rumah di seluruh negeri diberi hak milik manakala 8,000 kes pemilikan tanah pertanian juga dapat diselesaikan.

Melalui dasar membolehkan setiap rakyat Terengganu berpeluang memiliki tanah untuk kediaman atau tanah pertanian seluas kira-kira dua hektar, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah di daerah masing-masing.

Setiap permohonan dilakukan akan dinilai secara telus melalui kad pengenalan pemohon. Keutamaan diberi kepada individu yang masih belum mempunyai tanah.

Paling penting hasrat untuk melihat sekurang-kurangnya 1rakyat 1lot tanah dapat dicapai. Bagaimanapun,  dalam konteks berkenaan, individu yang mempunyai kemampuan untuk membeli tanah sendiri diharapkan bersikap bertimbang rasa.  

Sebaliknya, APA YANG DILAKUKAN KERAJAAN PAS ?

1. Kerajaan yang merampas tanah sebenarnya ialah kerajaan PAS ketika mereka memerintah antara 1999-2004. Contohnya Rancangan Tatatur Perpindahan Banjir di Kawasan Pengkalan Merbau, Mukim Hulu Nerus Daerah Setiu.


2. Senarai kelulusan kepada peserta-peserta terbabit telah diluluskan oleh Kerajaan BN Terengganu pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar melalui Surat PTG.TR 07/171998/0008(7). Tetapi apabila kerajaan pembangkang mengambil alih Terengganu, di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika itu, senarai baru telah dibuat menggantikan senarai sebelumnya melalui Surat PTG.TR 07/17/1999/0005 (9). Amat jelas, mereka mereka yang tersenarai sebelumnya dibatalkan dan digantikan dengan penyokong parti parti PAS yang mengambil alih kerajaan pada November 1999.



3. Seramai 1,080 ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada sebuah syarikat yang diarahkan dimasukkan secara ‘bank in” oleh Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan wakil rakyat DUN Paka pada Februari 2004.

Beberapa mangsa membuat satu laporan polis di Balai Polis Ketengah 22 Feb 2013 membabitkan Kerajaan PAS Terengganu membabitkan peserta Rancangan Tanah Berkelompok.

Dilaporkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya di mana setiap peserta diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun bank syarikat tertentu yang dilantik di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004. Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran.


4. Banyak tanah di kawasan bandar Kuala Terengganu yang bernilai tinggi diagihkan kepada syarikat-syarikat kroni pemimpin PAS ketika parti itu memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, mendedahkan pemimpin PAS berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah di Terengganu sepanjang pemerintahan parti tersebut menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian yang besar.

5. ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pernah mendedahkan pada Persidangan DUN Terengganu bahawa kawasan komersial lot PT3378 berkeluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja. Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari PAS Kemaman waktu itu, Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail. Setelah BN mengambil alih tampuk pentadbiran Terengganu pada 2004, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).


6. Pemimpin PAS juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (ADUN PAS Kuala Besut) dan Ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu waktu itu, Mahyuddin Abd Rashid. Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

7. Persatuan Khairunisa (milik isteri wakil rakyat PAS) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok. Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam. 

8. Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN PAS Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar. Tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) yang dipegerusikan Datuk Hishamuddin Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi Harakah.

Amat jelas, PAS yang berlebong (berbohong) dan memfitnah kerajaan BN.

Perbuatan PAS yang ‘menepuk muntah di talam, terpercik ke muka sendiri’ dengan jelas tidak mengamalkan pembahagian tanah secara demokrasi dan kemudian memfitnah dan membuat pembohongan dengan pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan Ahmad Said dan Kerajaan BN Negeri.

No comments:

Post a Comment