Sunday, July 21, 2013

MBKT Giatkan Hari Bertemu Pelanggan, Kaunter


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bahagian Jabatan Penilaian giat mengadakan hari bertemu pelanggan dan kaunter bergerak di kawasan awam.

Pembantu Penilaian Bahagian Teknikal MBKT, Mohd Hafiz Syafrein Asali berkata, antara khidmat disediakan di kaunter itu ialah membantu menyelesaikan masalah dan kemusykilan cukai pintu, semakan bil dan pertanyaan, bayaran bil, khidmat nasihat dan sebagainya.

Hari bertemu pelanggan dan kaunter bergerak MBKT akan berada di Taman Pmint Perdana Kampung Batin (6 dan 8 Julai), Perumahan Kondo Rakyat, Kuala Ibai (13 dan 15 Julai), taman Permint Jaya Chendering (20 dan 22 Julai) dan Kawasan Ibai Golf, Kuala Ibai (27 dan 29 Julai).


“Perkhidmatan yang disediakan ini juga sebagai peluang kepada orang awam kerana ia akan menghapuskan kompaun 100 peratus sekiranya mereka menjelaskan tunggakan dan cukai semasa pada 2013.

“Kaunter bergerak ini disediakan khusus untuk semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua premis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, sambutan daripada orang awam bergantung pada lokasi kawasan yang diberi tumpuan.

“Misalnya, Kondo Rakyat Kuala Ibai, sambutan mungkin agak suram kerana mungkin orang awam ada yang masih belum menerima maklumat mengenai kaunter ini.

“Walaupun begitu, kita akan giatkan lagi promosi untuk menarik lebih ramai pembayar bagi mencapai target sasaran kutipan pada tahun ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment