Saturday, July 13, 2013

Muhyiddin Tunai Solat Jumaat Di Kuala Besut

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Al-Jumuriah, Kuala Besut.

Hadir sama menunaikan solat ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Solat Jumaat itu dipimpin Imam Masjid Narathiwat, Jalaluddin Shafie manakala khutbah Jumaat bertajuk `Jimat cermat elak pembaziran' disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah.

No comments:

Post a Comment