Thursday, July 11, 2013

Negeri Sembilan, FELDA United Layaak Ke Piala Malaysia

Negeri Sembilan dan Felda United layak ke saingan Piala Malaysia setelah berjaya mengatasi lawan masing-masing pada perlawanan play-off malam tadi.

Negeri Sembilan mencatat kemenangan selesa setelah mengecewakan Sabah 4-0 di Stadium Shah Alam. 

Skuad bimbingan Ridzuan Abu Shah bermula garang apabila Mohd Nazrin Mohd Nawi membuka jaringan seawal minit ke-10.

Mohd Nazrin kemudian mengandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 selepas pemain import Negeri Sembilan, Leandro Fabio dijatuhkan pemain Sabah, Shahrul Azhar Ture. Leandro Fabio menambah duka pasukan Sabah apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-50 sebelum Mohd Nazrin melakukan hatrik pada minit ke-85.

Sementara itu, Felda United mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pos Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Shafizan Hashim menjadi wira pasukan Felda United apabila menjaringkan gol tunggal pasukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-64.

Sabah layak beraksi pada saingan play-off selepas menduduki tangga kelima Liga Perdana manakala Negeri Sembilan berada pada kedudukan ke-12 Liga Super.

 Negeri Sembilan dan Felda United akan bersama 14 pasukan lain akan memulakan kempen Piala Malaysia bermula 17 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment