Thursday, July 25, 2013

PRK Kuala Besut - BN Menang Majoriti 2,592 Undi


Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut semalam dengan majoriti 2,592 undi.

PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi manakala calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.

Kemenangan itu membolehkan BN mengekalkan status quo kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu apabila berjaya mempertahankan kemenangan di Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, BN menerusi wakilnya, Dr A. Rahman Mokhtar menang di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.

Kemenangan BN ini sekaligus menafikan sasaran PAS untuk mewujudkan 'DUN Tergantung' di Terengganu dengan agihan kerusi sama banyak 16:16.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment